Adakah tidak lama lagi hubungan aku dengan dia akan berakhir ? Ya ALLAH janganlah putuskan hubungan yang telah aku bina bersamanya . Aku juga telah cuba untuk merancang kehidupanku dengannya tetapi aku hanya mampu merancang . Aku memang berharap dapat bersamanya membina mahligai impian . Tetapi sekarang sikapnya sudah mulai dingin denganku . Dia seolah-olah tidak menyayangi diriku lagi . Seolah-olah juga tidak ada perasaan langsung terhadap diri ini . Aku mengaku bahawa terlalu sukar untuk aku menyayanginya, apatah lagi untuk jatuh cinta padanya sepenuh hati , apabila aku sudah menyayanginya sepenuh hatiku , hubungan kami bermasalah sekarang . Aku teramat menyayanginya dan merindui semua tentang dirinya .Setiap kali aku mengahantar SMS , sidia sepertinya terpaksa untuk membalasnya ,apabila aku telefon , dia tidak mahu mengangkat atau menjawab satu pun dari panggilan dariku . Sedihnya hati ini . Pilunya hati ini menganangkan nasib diri . Aduhai nasib ....
~ELLIEY~