Tuesday, May 3, 2011

MeLiHaTnYa

Setiap kali melihat si dia tersenyum mesra , hatiku mula berdebar-debar. Diriku juga terasa berada di awang-awangan . Meskipun senyumannya itu bukan dilemparkan untuk diriku ini . Bila si dia sakit , hati aku terasa gundah gulana . Kalaulah dia mengetahui hakikat sebenarnya , apakah akan berlaku pada hubungan kami ? Aku tidak mahu memutuskan silaturrahim dengan dirinya , cuma aku ingin mengenali dia dengan lebih dekat lagi . Sungguh aku dapat merasakan bahawa apabila dia tahu tentang perasaanku padanya pasti dia marah , tidak mahu menegurku apatah lagi senyum padaku . Apa yang harus aku lakukan ? Adakah aku perlu berdiam diri dengan hanya memendam rasa ? Atau , adakah aku perlu meluahkannya secara terus terang dengannya ? Sungguh aku tidak sangka beratnya rasa hatiku ini apabila tidak kuluahkan perasaan itu . Tetapi lebih berat risikonya . Aku berharap terbukalah hatinya untuk diriku ini satu hari nanti . -Amin-


~ELLIEY~

No comments:

Post a Comment