Wednesday, October 27, 2010

mencari dan terus mencari...

Aku seperti mendapat petunjuk daripada ALLAH S.W.T. Kisahnya bermula pada satu senja , pada itu jam menunjukkan pukul 7 petang dan pada waktu itu azan maghrib sudah pun bergema. Tapi aku membuat keputusan untuk mandi dahulu sebelum solat. Aku pun menunggu ibuku keluar dari bilik air yang ingin mengambil wudhuk. Aku baring di atas katil sambil berselimut . Pada waktu itulah yang aku terasa bahawa aku seperti di dalam kubur yang sangat - sangat gelap , sempit , menyeramkan , panas , tak cukup nafas , dan terasa seperti terseksa. Tapi situasi itu hanya berlaku dalam beberapa saat , tetapi peristiwa itu sangat memberi kesan kepada aku. Semoga dengan apa yang berlaku ini , iman aku akan semakin meningkat .

No comments:

Post a Comment