Monday, October 18, 2010

hargai kekasih mu...

suatu hari aku terjumpa sebuah novel yang bertajuk 'Bermadu Dalam Cinta' ..mulanye novel tu aku nak bagi kepada kekasih ku sebagai tanda maaf juga aku nak dia fahamkan maksud cerita tu...aku nak dia sedar bahawa janganlah menyakiti hati seorang perempuan kerana hati seorang perempuan itu sangat lembut seperti kain sutera dan bercahaya seperti bintang-bintang yang berkelipan dilangit pada malam hari..perempuan juga selalunya cantik seperti bulan purnama dan sinarnya dapat menyinari hidup lelaki yang sedang dilamun cinta...betul tak?
Tetapi pada masa yang sama , aku tak jadi bagi novel tu kerana pada masa tu juga aku dapat tahu yang dia ada awek laen..kecewa rase hati kecilku ini tetapi aku pendam kan saja...aku telan sahaja pahitnya peristiwa itu dan aku lemparkan senyuman pada semua rakan yang mengenali ku termasuklah dia apabila aku bertentangan mata dengannya..tapi dalam satu sudut aku dapat melihat dari matanya bahawa dia sangat kecewa dan sedih atas keputusan ku untuk memutuskan hubungan kami..kenapa dia harus sedih sedangkan dia masih ada kekasih hati yang lain..Sebulan setengah selepas itu , dia ingin kembali menyambung semula hubungan kami..aku terima sahaja dan aku sangat-sangat berharap dia tidak akan curang kepadaku buat kali keduanya...lagipun sekarang aku x dapat jumpa dia lagi sebab dia dah pun pindah harap-harap tragedi yang sangat mengguris hati itu tidak berulang lagi...bagi lelaki diluar sana ikhlaslah menyayangi kekasih anda itu jangan pernah menyakiti mereka dalam apa cara sekalipun kerana apa perbuatan pun anda buat balasannya sedang menanti kamu dialam akhirat sana..wasalam...

No comments:

Post a Comment